Saturday, January 04, 2014


BILA 'AKU' TIBA


Ketika dilahirkan,kau sekadar dialunkan dengan azan.Tidak disembahyangkan.Ketika 'aku' datang,kau tidak lagi perlu diazankan.Tapi akan disembahyangkan.

Ketika dilahirkan,kau disiram,dimandikan dan dibersihkan.Sama juga ketika 'aku' datang.Kau tetap akan disiram,dimandikan dan dibersihkan.

Ketika dilahirkan,mereka akan membalut tubuhmu dengan persalinan baru.Begitu juga,tatkala 'aku' datang,akan mereka pakaikan persalinan baru menutupi setiap inci tubuhmu.

Ketika dilahirkan,kau menangis memecah keheningan.Begitu juga ketika 'aku' datang.Suasana akan diselebungi dengan tangisan.

Ketika dilahirkan,dahi engkau menerima kucupan pertama.Dan bila 'aku, datang,dahi mu akan dikucup buat kali terakhir.

Ketika engkau dilahirkan,engkau menerima ramai kunjungan dengan salam ucapan kegembiraan.Dan bila 'aku' datang,ramai kunjungan akan tiba namun dengan salam kesedihan.

Ketika dilahirkan,engkau hanya sehelai sepinggang tidak berharta.Bila 'aku' datang,segala harta yang kau ada akan ditinggalkan menjadikan engkau sehelai sepinggang semula.

Ketika dilahirkan,engkau dikendong kerana belum mampu berjalan.Tatkala 'aku' datang,engkau akan diusung kerana tidak lagi boleh berjalan.

Ketika dilahirkan,mereka di sekelilingmu akan melakukan segala gala nya kerana engkau kecil tidak berdaya.Bila 'aku' datang,mereka akan melakukan segala gala nya kerana engkau sudh tiada keupayaan.

Ketika 'aku' datang,akan ku bawa kau ke tempat yang sempit dan gelap.Samalah sebelum engkau dilahirkan.Berada di ruang yang gelap dan sempit dalam rahim ibumu.

Tiada bezanya saat engkau dilahirkan dan ketika 'aku' datang bertemumu.Yang berlainan hanyalah bekalan yang dibawa untuk bersama dengan'ku'.Ada yang bekalnya banyak.Gembiralah ia mengikut'ku'.Ada yang bekalnya sedikit,gusarlah ia menuruti'ku'.Ada yang tiada bekalan langsung.Menggigillah ia menangis ketakutan untuk bersama'ku'.

Hati-hatilah engkau.Datang'ku' tak kenal waktu.Tiba'ku' tak kenal usia.Pastikan bekalan engkau cukup tika 'aku' tiba,sewaktu 'aku' KEMATIAN,datang menjemputmu. :)

No comments:

Post a Comment